Semuanya Salah Hollywood!

Bapa kepada pelakon Ben Affleck iaitu Timothy Affleck, medakwa perceraian anaknya dan bekas menantu, Jennifer Garner berpunca daripada media dan paparazzi di Hollywood.

Dalam satu temubual bersama majalah Grazia, lelaki itu berkata, dia memahami kesukaran yang terpaksa dilalui Ben dalam melayari bahtera perkahwinan yang normal di tengah-tengah populariti yang diraih kerana kariernya di dunia Hollywood.

"Sulit untuk mengimbangkan kehidupan keluarga di tengah-tengah popularitinya. Di dunia di luar industri hiburan, perkahwinan berakhir sepanjang waktu. Sama lazimnya dengan air bekas cucian. Tak perlu dipermasalahkan," ungkap Timothy.

Tak hanya mengenai kehancuran rumah tangga anak lelakinya itu yang hancur, Timothy juga menyalahkan Hollywood karena memberikan pengaruh buruk pada kedua-dua anaknya, Ben dan Casey.

"Hollywood adalah tempat yang menjijikkan. Saya rasa Hollywood menjadi faktor utama yang membuat Ben mengalami ketagihan alkohol. Semuanya mempengaruhi kehidupannya.

"Saya rasa itulah bahayanya industri filem. Hollywood telah membuat kedua-dua anak saya menderita," tuturnya lagi.
Semuanya Salah Hollywood! Semuanya Salah Hollywood! Reviewed by Kakigosip on 04:31:00 Rating: 5
Powered by Blogger.