Semoga doa Azreen makbul

PENYANYI Azreen Manan yang sedang bertarung dengan kanser serviks tahap empat meluahkan hasrat menunaikan umrah bersama Datin Seri Umie Aida, Erra Fazira dan Betty Banafe.

Popular pada awal 90-an, dia menyatakannya ketika diziarahi tiga pelakon terkenal itu di Institut Kanser Negara (NCI), Putrajaya, baru-baru ini.

Jelas Umie ketika dihubungi, hari ini, hasrat diluah oleh Azreen sendiri sewaktu dia mengunjungi penyanyi terbabit bersama dua rakannya itu.

Azreen pernah bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music, kini ditempatkan di NCI untuk tujuan pemantauan lanjut.

Dia pernah menggemparkan Malaysia apabila membuat keputusan bernikah dengan kerabat diraja, Datuk Tengku Kamaruzzaman ketika berusia 16.


“Kami menyambut baik hasrat Azreen menunaikan umrah bersama. Kalau itu boleh membuatkan dia kembali sihat, kami bersetuju dan bersedia merealisasikan impiannya,” kata Umie.

Bercerita lanjut mengenai Azreen, kata Umie, penyanyi itu memerlukan sokongan semua pihak termasuk teman-teman artis.

“Kami bertiga cuba memberi kata perangsang dan semangat agar dia terus kental berjuang melawan penyakit sedang dideritai.

“Sewaktu kami sampai di hospital Azreen baru habis kimoterapi. Dia nampak penat tetapi ada kata mahu cepat sihat,” katanya.

Jelas Umie lagi, Azreen turut meluahkan hasrat mahu kembali aktif berlakon dan menyanyi.

Sebagai rakan artis mereka memberikan perangsang agar dia terus bersemangat dan boleh melakukan apa saja yang boleh membuatnya gembira.
Semoga doa Azreen makbul Semoga doa Azreen makbul Reviewed by Kakigosip on 05:56:00 Rating: 5
Powered by Blogger.