Sebulan je lagi, Siti bakal bersalin...

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya menantikan kehadiran cahaya mata sulungnya tang dijangka lahir sekitar Mac depan.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagramnya (IG), Siti tidak putus-putus meluahkan rasa syukurnya dengan kurniaan yang telah lama dinantikan ini.

“Subhanallah.. Alhamdulillah, syukur ya Allah.. Tak sangka bulan depan, saya bertemu cahaya mata yang dinanti-nantikan.

“Semoga semuanya dipermudahkan, dan semuanya sihat sempurna. Ya Allah, terima kasih ya Allah..” tulis Siti, mengharapkan yang terbaik buat kandungannya itu.

Rata-rata peminat dan pengikut Siti di IG seakan memahami apa yang dirasai Siti, malah turut sama mengiringi doa agar segalanya dipermudahkan buat penyanyi kesayangan ramai ini.

Terdahulu sebelum itu, Siti turut mencipta dan merakamkan lagu  Comel Pipi Merah, ditujukan khas buat anak  yang bakal lahir nanti.

Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.
Sebulan je lagi, Siti bakal bersalin... Sebulan je lagi, Siti bakal bersalin... Reviewed by Kakigosip on 06:03:00 Rating: 5
Powered by Blogger.