'Sayangi isteri bukan aniaya mereka'

KEMPEN tanda pagar Biawak Hidup dilakukan oleh personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya menerima banyak maklum balas daripada isteri teraniaya.

Antara luahan mereka adalah suami yang tidak memberi nafkah dan mendera.

Luahan hati isteri terbabit dimuat naik Fedtri di laman sosial Instagram agar ia dapat dikongsi dan menjadi tauladan kepada mereka yang menerima nasib sama.

Sewaktu dihubungi, hari ini, pengacara popular menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) itu berkata, kempen itu dimulakan awal tahun ini apabila ada golongan isteri menghubunginya meminta bantuan dan mahu meminjam duit.

“€œMangsa beberapa kali menghubungi saya untuk meminjam duit dengan alasan mahu membeli susu dan lampin pakai buang anak.

“Pada mulanya saya ingat ada antara pengikut di laman sosial mahu bergurau. Tetapi apabila perkara itu dilakukan berkali-kali saya mula berasakan ada sesuatu tidak kena dengan wanita itu,” katanya.

Kata Fedtri, apabila ditanya kenapa minta duit darinya sedangkan dia bukan ibu tunggal dan bersuami, wanita berkata suaminya tidak bekerja dan jika ditanya mengenai duit belanja dia akan dipukul.

Memuat naik aduan wanita terbabit di Instagram miliknya kerana geram, Fedtri tidak menyangka lebih banyak wanita tampil perkara sama dengan menulis kisah hitam terpaksa dilalui dan menghantar mesej ke Instagramnya.

“Tanda pagar Biawak Hidup itu datang daripada mereka memberikan maklum balas atas isu saya ketengahkan. Lebih menyedihkan begitu ramai berdepan masalah begitu.

“Bayangkan ada wanita namanya digunakan suami tidak bekerja membuat pelbagai pinjaman. Selain harus mengeluarkan belanja harian sekeluarga sekarang dia turut membayar hutang hingga tidak ada duit,” katanya.

“Kebanyakan kes membabitkan wanita dan ibu muda tidak tahu apa yang perlu dilakukan termasuk melayani kehendak suami walaupun rasa kasih dan cinta sudah tidak ada.

“Bagaimana hendak wujud cinta dan kasih sayang kalau suami tidak melakukan tanggungjawab. Lebih teruk memukul mereka sekiranya isu nafkah dibangkitkan,” katanya.

Jelas Fedtri, sebahagian besar wanita berkongsi cuba merujuk dan bertanyakan pendapat kerana sebahagian besar ahli keluarga terutama mentua mencemuh dan menyalahkan mereka kerana tidak pandai melayan suami.

“Malah kerana tidak punya ilmu mereka takut dituduh nusyuz. Masalah berdepan dengan sikap suami ibarat biawak hidup ini tidak dapat diselesaikan di mahkamah kerana kebanyakan wanita dan ibu muda terbabit tidak mmepunyai wang untuk membayar khidmat peguam,” katanya.

Fedtri berkata masalah semakin menjadi pekung di kalangan masyarakat ini perlu dikekang dan kempen kesedaran mengenainya harus dilakukan dan dia cuba melaksanakannya sekadar termampu.
'Sayangi isteri bukan aniaya mereka' 'Sayangi isteri bukan aniaya mereka' Reviewed by Kakigosip on 04:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.