'Saya tak curi hati dia'

PELAKON Farah Nabilah akui tidak bimbang berlakon dengan Aliff Aziz yang sebelum ini terpalit ‘cinta lokasi' sehingga mencetuskan kontroversi.

Farah Nabilah atau mesra disapa Fawa, 25, yang popular menerusi drama Titian Cinta berkata, tidak ada sebab untuknya berprasangka buruk atau menjauhkan diri dengan pelakon itu di lokasi drama Halalkan Hati Yang Ku Curi.

"Kami sekarang menjalani penggambaran drama bagi slot Akasia di TV3 yang bakal ditayangkan pada Ramadan ini. Apabila dapat tahu hero drama ini Aliff, saya okey dan tidak ada masalah.

"Saya tahu dia sudah berkahwin, jadi saya tahu batas saya. Lagi pula, untuk apa saya nak kacau hak orang? Seperkara lagi, saya tidak perlu ada rasa syak wasangka atau cuba nak jauhkan diri.

"Saya sentiasa ingatkan diri agar bekerja secara profesional. Bukan saja di lokasi drama ini, tetapi juga drama lain," katanya kepada Harian Metro.

Pun begitu, Farah akui dia mendapat nasihat daripada orang sekeliling agar berhati-hati.

"Tidak dinafikan, apabila saya berkongsi perkara ini ramai yang memberi nasihat supaya berhati-hati. Saya anggap perkara ini mudah iaitu Aliff pernah buat salah dan biarkan ia berlalu.

"Sekarang dia sudah berubah, jadi tidak salah untuk beri peluang kedua. Bagi saya, dalam perkara ini terpulang kepada diri masing-masing dan penerimaan terhadap seseorang," katanya.
'Saya tak curi hati dia' 'Saya tak curi hati dia' Reviewed by Kakigosip on 05:50:00 Rating: 5
Powered by Blogger.