'Saya tak ada gosip, jadi orang susah nak kenal': Syazuwan

PELAKON Syazuwan Hassan  tidak pernah berkecil hati jika masih ada yang belum mengenali dirinya.

Mengakui kurang menonjol berbanding pelakon lain meskipun sudah dua tahun bergelar pelakon, Syazuwan mengharapkan tuah 2018 untuk lebih menyinar.

“Alhamdullillah permulaan 2018 berjalan dengan lancar apabila banyak peluang-peluang baru saya peroleh.

“Terbaru untuk DFKL 2018, saya telah dilantik sebagai duta bersama rakan artis Pauline Tan dan saya melihat ia sebagai peluang terbaik untuk memperkenalkan diri saya kepada umum.

“Sebagai duta, saya akan terlibat dengan pelbagai program dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang kempen DFKL berlangsung,” katanya kepada Sinar Harian.

Bakat Syazuwan dalam bidang lakonan dicungkil menerusi DFKL 2016, dan pernah tampil menerusi drama Luna, Nahu Rindu, Ops Cinta Din Sardin, Lelaki Itu Pilihan Hatiku  dan lain-lain.

“Memang saya telah membintangi banyak drama sebelum ini termasuk menjayakan watak utama, namun mungkin belum rezeki untuk saya lebih dikenali.

“Malah selalu terjadi, peminat hanya mengingati nama watak yang saya bawakan, tetapi tak tahu nama saya.

“Ada juga yang ingat saya ni Syazwan Zulkifli sebab keliru dengan nama kami yang sama,” jelasnya.

Bagaimanapun pelakon yang sentiasa optimis dengan bakat yang dimiliki, percaya suatu masa dia mampu berada di depan.

“Ada yang kata, mungkin sebab saya tak ada gosip, jadi orang susah nak kenal.

“Bila fikir balik betul juga, tapi jujurnya saya lebih selesa orang kenal saya sebab bakat walaupun perlu mengambil masa agak lama berbanding orang lain.

“Di media sosial pun, saya lebih banyak berkongsi tentang kerja berbanding memuat naik gambar-gambar berbentuk personal untuk menarik pengikut,” kata Syazuwan yang sebelum ini pernah bergelar pengacara Mbuzz
'Saya tak ada gosip, jadi orang susah nak kenal': Syazuwan 'Saya tak ada gosip, jadi orang susah nak kenal': Syazuwan Reviewed by Kakigosip on 05:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.