Saya Masih Ada Agama, Tahu Hukum - Aliff Syukri

Jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri setegas-tegasnya menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia kononnya menggunakan pelaris untuk menjual produk keluarannya.

Sebaliknya, pelakon filem Badang ini mengakui dia terpaksa berhempas pulas demi membina empayar perniagaan yang dibina sejak hampir 10 tahun lalu.

"Mereka ingat aku ni 24 jam gelenya-gelenya (terkinja-kinja), duduk rumah post-post diri lepas tu dapat duit banyak.

"Saya pun tak tahu bila isu ini mula keluar. Perangai saya yang loklaq-loklaq (gila-gila) macam ni pakai pelaris?

"Padahal, orang tak tahu di belakang nama Aliff Syukri. Orang hanya lihat saya mempunyai karakter gedik, sedangkan saya seorang yang kuat dan tabah.

"Mereka tak tahu kisah di sebalik tabir Aliff Syukri dan macam mana susahnya nak cari duit,” luah pengasas produk D'Herbs ini seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Baru-baru ini, usahawan berusia 31 tahun itu memuat naik paparan skrin mesej pertanyaan seorang peminat yang dilarang menggunakan produk keluaran Aliff oleh seorang ustaz, di laman Instagramnya @aliffsyukriterlajaklaris.

Lebih buruk, ustaz tersebut mendakwa produk keluaran Aliff memakai pelaris.

"Sebenarnya, saya tak tahu yang masyarakat di negara ini masih percaya dengan benda khurafat.

"Saya bukanlah alim ulama tapi jangan ambil kesempatan dan bagi saya semua ini nonsense (mengarut).

"Saya pakai pelaris? Aku pun tak tau apa yang aku lariskan diri aku ni?,” tegasnya.

Bagaimanapun, Aliff Syukri tidak berniat untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab berkenaan.

"Saya tak nak glamour kan orang dan saya juga tak mahu sebut nama ustaz itu atau sebagainya.

"Saya tak pakai pelaris dan apa yang saya cuba sampaikan, saya masih ada agama dan tahu akan hukum agama," tegasnya lagi.
Saya Masih Ada Agama, Tahu Hukum - Aliff Syukri Saya Masih Ada Agama, Tahu Hukum - Aliff Syukri Reviewed by Kakigosip on 13:23:00 Rating: 5
Powered by Blogger.