Saerah bergelar isteri kali kedua

PENYANYI Siti Nursaerah Tarudin atau lebih dikenali dengan nama Saerah sah bergelar isteri buat kali kedua.

Adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu  memilih pengurusnya, Mohd Sharidan Johari.

Pasangan yang sedondon memakai pakaian berwarna putih itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada jam 11 pagi tadi dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Pusat Antarabangsa Cornerstone, Kuala Lumpur.

Shahidan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 kepada Saerah, 34, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Majlis tersebut turut dihadiri oleh Siti Nurhaliza bersama kira-kira 100 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Menerusi temu bual bersama Saerah oleh sebuah portal, Saerah berkata, dia mengenali suaminya itu pada 2009, namun hubungan tersebut putus selepas dia berkahwin pada 2010.

"Kami kembali bertemu dua tahun lalu dan sejak itu hubungan kami bertambah rapat kerana saya senang dengan sikapnya yang sentiasa menyokong dan sering memberi semangat kepada saya," katanya.

Saerah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie, pada 27 Oktober 2010, namun berpisah emat tahun kemudian.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.
Saerah bergelar isteri kali kedua Saerah bergelar isteri kali kedua Reviewed by Kakigosip on 05:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.