Rupa Kacak Tapi Badan Berbau

Tuah memiliki paras rupa yang kacak, Robert Pattinson memang dari awal kemunculannya dalam industri lakonan Hollywood telah menjadi kegilaan ramai peminat wanita.



Terbaharu, bintang Twilight ini dipilih sebagai lelaki kedua dalam senarai Lelaki Paling Kacak 2018 oleh laman sesawang World's Top Most. Rob berada di belakang aktor Bollywood Hrithik Roshan yang menduduki tempat pertama.

Namun mungkin ramai yang masih tidak tahu, lelaki berusia 31 tahun ini mempunyai tabiat buruk. Dia tidak suka mandi di lokasi penggambaran sehinggakan dikenali sebagai artis yang mempunyai masalah bau badan.

Begitu pun, Rob masih menjadi pilihan produk jenama mewah Dior yang melantiknya sebagai duta salah satu koleksi minyak wangi keluaran jenama itu.
Rupa Kacak Tapi Badan Berbau Rupa Kacak Tapi Badan Berbau Reviewed by Kakigosip on 13:29:00 Rating: 5
Powered by Blogger.