PRO bela Wany Hasrita, balas komen netizen

NAMPAKNYA isu fesyen penyanyi Wany Hasrita ketika muncul di pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) Ahad lalu masih menjadi bualan netizen.

Gurauan yang menyamakan persalinan tersebut dengan botol air semakin menjadi-jadi, tidak kurang yang mengaitkan Wany dengan fesyen ‘kekampungan’.

Kesal dengan tindakan sesetengah netizen yang suka memberikan komen yang tidak berasas itu, PRO syarikat rakaman FMC, Sam Samin yang juga merupakan syarikat rakaman Wany bernaung, telah membalas kenyataan netizen menerusi laman sosial miliknya.

“Bila baca komen-komen di media sosial tentang pakaian finalis #ajl32 , baru saya tersedar rupanya kat negara kita ni ramai betul manusia yang ambil bidang fesyen masa belajar dulu. Tak sangka ramai sungguh bijak pandai  yang aktif melontarkan pendapat dan membandingkan pakaian si polan itu dan si polan ini dengan pelbagai objek dan benda.

“Sebenarnya tak salah untuk beri pandangan tetapi sebelum menyuarakan sesuatu sepatutnya kita fahami dulu tema #ajl32 iaitu fesyen dan muzik. Bukan mudah untuk mengilhamkan sesuatu design yang bertepatan, tambahan pula bila beberapa perkara  perlu diberi perhatian terutama agar tidak terlalu menampakkan susuk tubuh,” luah Sam.


Kata Sam lagi, sebagai orang belakang tabir yang faham apa yang berlaku, dia terpanggil untuk menyuarakan perkara ini kerana merasa kesian pada penyanyi dan pereka fesyen tersebut.

“Bagi saya pakaian Wany Hasrita kelmarin tiada cacat celanya. Tambahan pula bagi wanita yang menampilkan imej gadis muslimah dan menjaga batas berpakaian.

“Pereka yang membuat pakaian Wany untuk malam #ajl32 juga telah bersusah payah untuk mengilhamkan sesuatu pakaian yang sesuai dengan imej wanita bertudung agar tidak menampakkan susuk tubuh dan dalam masa yang sama berbeza dari yang biasa.

“Nanti, kalau artis pakai jubah polos, dikata artis tidak pandai berfesyen pula,” tulisnya lagi.

Sam ketika dihubungi Sinar Harian, mengakui kesal dengan tindakan sesetengah netizen yang suka mengecam artis sesuka hati.

“Sebenarnya saya pun malas nak layan komen netizen yang kebanyakannya merepek dan tidak rahu apa yang mereka katakan.

“Namun dalam hal ini saya kesal kerana mereka mengecam artis yang cuba untuk menjaga aurat dengan sebaiknya.

“Tindakan mereka ini mungkin akan membuatkan sesetengah artis bertudung takut untuk berfesyen selepas ini.

“Sepatutnya mereka memberikan sokongan dan komen yang positif untuk memberikan galakan, bukan dengan cara mengecam  begini,” tegasnya.

Menurut Sam lagi, pakaian yang mendapat sentuhan pereka muda, Mirol Jonit sememangnya memenuhi kriteria yang dimahukan Wany Hasrita.

“Wany dari awal lagi sudah memberitahu untuk mengenakan fesyen yang mampu menjaga auratnya.

“Jadi kami sama-sama duduk berbincang dan memilih fesyen yang sesuai dengan imejnya, tetapi dalam masa yang turut memberi kelainan.

“Jadi nasihat saya kepada netizen, kalau kita tak faham tentang sesuatu, tak perlulah nak bagi komen atau cuba tunjuk pandai kerana ia akan menunjukkan kelemahan sendiri,” akhirinya.
PRO bela Wany Hasrita, balas komen netizen PRO bela Wany Hasrita, balas komen netizen Reviewed by Kakigosip on 05:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.