Positif Ganja: Sofi Jikan Direman 3 Hari

Pelakon yang popular dengan tagline 'Kasi Sengat', Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Laporan Harian Metro menyebut, perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairol Azhar Mohd Ishak terhadap pelakon berusia 47 tahun yang terkenal dengan tagline 'kasi sengat'.

Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, pelakon KL Gangster yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 9.03 pagi sebelum dibawa masuk ke bilik reman pada 11.25 pagi.

Suspek yang diiiringi anggota polis keluar dari bilik reman 30 minit kemudian.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara jam 11 malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.
Positif Ganja: Sofi Jikan Direman 3 Hari Positif Ganja: Sofi Jikan Direman 3 Hari Reviewed by Kakigosip on 13:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.