Pesona bintang Lupita Nyong’o

FIGURA popular berkulit hitam manis yang memegang kewarganegaraan Kenya dan Mexico ini mulai menyerlah selepas memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Oscar 2014.

Sejak itulah, sinaran bintangnya di dalam dunia lakonan kian dipandang tinggi.

Malah, atas tiket keunikan eksotik yang dimilikinya, pemilik nama lengkap Lupita Amondi Nyong’o turut dikenali sebagai angkatan selebriti muda yang bijak berfesyen. Jadi tidak hairanlah bintang ini kerap dipilih pencinta fesyen sebagai antara aktres yang sentiasa peka perihal penampilan setiap kali melewati karpet merah.

Merakam memori perjalanan lakonannya, Lupita yang pernah mendapat pendidikan asas lakonan di Yale School of Drama ini pada awalnya terlibat di belakang tabir sebagai kru produksi sebelum ditawar berlakon filem pendek berjudul East River arahan Marc Grey.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.793364.1517726017!/image/image.jpg

Lalu, pendedahan itu menjadi inspirasinya untuk terus melangkah dengan mengarahkan beberapa program sendiri di Kenya selain terlibat di dalam beberapa rancangan televisyen di negara berkenaan.

Pada 2013, dia memberanikan Lupita menghadiri sesi uji bakat pencarian pelakon untuk filem 12 Years a Slave yang akhirnya memberi tuah buat dirinya.

Dipuji keberkesanan lakonannya yang memegang watak sebagai Patsey, Lupita akhirnya disenaraikan sebagai antara pelakon gred A di Hollywood. Filem arahan Steve McQueen itu juga berjaya menggondol tiga anugerah di Oscar 2014 lalu.

Cabaran anak seni
Melihat kejayaannya kini, Lupita yang bakal muncul menerusi filem Black Panther Februari depan mengakui bukan senang untuk mengukir nama di Hollywood, apatah lagi apabila mengenangkan warna kulitnya berbeza daripada majoriti aktres sedia ada.

Pada masa sama, bintang berusia 34 tahun ini juga tidak menolak pelbagai elemen kotor sebilangan karyawan di Hollywood turut memberi impak kepada perjalanan seninya supaya lebih berhati-hati selepas ini.

Lupita menerusi sebuah temu bual, pernah membuka mulut mengenai isu serangan seksual daripada penerbit terkenal, Harvey Wienstein.

Kisah salah laku seks kononnya melibatkan Wienstein bersama beberapa aktres popular Hollywood mencetuskan tular apabila beberapa pelakon wanita akhirnya tampil membuat pengakuan terbuka mengenai perkara tersebut.

Sementara sekitar Oktober lalu, Lupita juga mengambil keputusan berani apabila mengakui dia juga hampir menjadi mangsa penerbit tersebut ketika masih di awal penglibatannya dalam dunia lakonan.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.793363.1517725995!/image/image.jpg

“Dia ada menjemput saya menonton filem di rumahnya bersama keluarga. Bagaimanapun, apabila saya datang, dia ada ajak saya ke bilik untuk diurut. Saya enggan dan bertindak keluar daripada rumah berkenaan. Pada awalnya saya sangka dia hanya bergurau, tetapi sebenarnya tidak,” luahnya kesal.

Apa yang pasti, insiden yang pernah berlaku padanya menjadi penguat semangat buat Lupita untuk terus melangkah dalam dunia lakonan antarabangsa.

Filem terbaru
Berkongsi penglibatannya di dalam filem super hero, Blank Panther, Lupita memegang peranan sebagai Nakia. Turut sama berlakon di dalam filem berkenaan ialah Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Danai Gurira dan ramai lagi.

“Ya, rasanya bukan saya seorang, tetapi semua pelakon terlalu teruja apabila filem ini ditayangkan. Kami tunggu lama untuk momen ini dan bersyukur apabila terlibat dalam filem sehebat ini. Black Panther adalah sebuah filem yang boleh ditonton semua orang kerana filem ini bukanlah sesuatu yang bersifat individualistik,” katanya optimis.

Selepas Black Panther, aktres yang mula terlibat dalam seni sejak tahun 2005 ini bakal muncul menerusi filem Little Monsters yang masih berada di peringkat pos-produksi.
Pesona bintang Lupita Nyong’o Pesona bintang Lupita Nyong’o Reviewed by Kakigosip on 20:36:00 Rating: 5
Powered by Blogger.