Peserta BBB makin kreatif

Program lawak Bintang Bersama Bintang (BBB) 2018 meraih 1.9 juta tontonan bagi tiga minggu pertama siaran di TV3.

Ini sekali gus menandakan peningkatan positif bagi program siaran setiap Ahad itu bagi minggu akan datang.

Persaingan yang bertambah sengit pada setiap persembahan menyebabkan belum ada peserta memenangi hadiah mingguan sebanyak dua kali.

Penerbit Eksekutif BBB, Muhamad Sufian Che Isa berkata, program yang memasuki minggu keempat Ahad lalu menyaksikan kreativti peserta semakin berkembang.

“Saya berharap peserta boleh memberikan persembahan lebih baik pada minggu kelima.

“Mereka diberikan tempoh agak lama untuk membuat persiapan kerana kami akan memberi laluan kepada siaran langsung Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang berlangsung Ahad ini,” katanya.

Dalam persembahan lalu, Ajak dan artis jemputan Atu Zero dinobatkan sebagai pemenang minggu keempat, seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Mereka menggunakan pendekatan psikologi dalam persembahan yang mengisahkan keluarga kecil di perkampungan nelayan.

Atu berlakon sebagai anak pulang dari sekolah dan menunjukkan keputusan ujian yang tidak memberangsangkan kepada bapanya, Ajak.

Bagaimanapun si bapa tidak memarahi anaknya sebaliknya memuji pelajar itu. Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh penonton di studio serta komen positif daripada barisan juri.

Turut memeriahkan pentas minggu keempat adalah artis undangan Bell Ngasri, Mamak Putih, Kak Girl, Jiggy dan Bazli (UNIC).

Manakala juri jemputan adalah pelakon terkenal Izara Aishah.

BBB 2018 bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Ahad, jam 10 malam.

Maklumat lanjut dan undian pelawak kegemaraan BBB 2018 boleh layari www.xtra.com.my/BBB2018.

Undian atas talian hanya dibuka pada hari bersiaran bermula jam 6 petang.
Peserta BBB makin kreatif Peserta BBB makin kreatif Reviewed by Kakigosip on 05:25:00 Rating: 5
Powered by Blogger.