Penyanyi Azreen Manan bergantung rawatan kemoterapi

PENYANYI era 80-an, Azreen Manan kini perlu menjalani enam rawatan kemoterapi susulan kanser serviks tahap empat yang dialaminya. 

Selain itu, penyanyi berusia 41 tahun ini turut berhadapan masalah komplikasi buah pinggang dan usus tersumbat.

Kini, Azreen ditempatkan di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya, sejak seminggu lalu.

Ibunya, Zawanai Ahmad Affendi berkata, keadaan kesihatan anaknya hanya bergantung kepada rawatan kemoterapi.

“Buat masa ini, Azreen dah jalani tiga kali rawatan kemoterapi.

“Keadaannya juga stabil walaupun sedikit lemah,” katanya pada Sinar Harian. 

Mengulas lanjut, katanya, Azreen menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu.

“Dia pernah dibedah bagi membuang rahim dan ovari, setahun lalu. Tapi, dia kembali mengadu sakit, sejak tiga bulan lalu.

“Doktor sahkan ada tiga lagi ketumbuhan yang timbul bersaiz empat, dua dan satu sentimeter (cm),” katanya.

Lebih memburukkan lagi, katanya, ketumbuhan tersebut timbul berhampiran dengan pundi kencingnya. 

“Akibatnya, doktor tak berani nak bedah sebab takut terkena pundi kencing dan buah pinggangnya sehingga memerlukannya memakai beg stoma bagi membuang najis sepanjang hayatnya. 

“Ada juga doktor di sini yang sarankan agar saya membawa Azreen ke hospital swasta untuk membuat rawatan laser namun kosnya pula terlalu tinggi.

“Jadi, saya harap dia akan menunjukkan perkembangan yang positif untuk rawatan kemoterapinya,” katanya. 

Rentetan itu, Zawanai berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesejahteraan anaknya itu.

“Apa yang saya lihat, bila kawan-kawannya datang berziarah, dia sangat ceria. Tapi, bila semuanya dah pulang, Azreen nampak muram.

“Saya juga terima dengan tangan terbuka bantuan daripada mana-mana persatuan artis atau individu yang sudi menghulurkan bantuan,” katanya.
Penyanyi Azreen Manan bergantung rawatan kemoterapi Penyanyi Azreen Manan bergantung rawatan kemoterapi Reviewed by Kakigosip on 06:05:00 Rating: 5
Powered by Blogger.