Peminat Siti kongsi tip kurangkan bengkak kaki ketika hamil

MEMASUKI trimester ketiga kandungan, kaki penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mula membengkak.  Susulan itu, pelantun lagu Segala Perasaan ini mengakui lebih selesa untuk memakai selipar suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. 

“Pinjam selipa suami.. selipa saya dah tak muat,” kongsinya di Instagram (IG) beserta #redha #bengkak #3rdtrimester. 

Perkongsian itu mencuri perhatian peminatnya malah ada yang mengatakan penyanyi berusia 39 tahun ini bakal bersalin tidak lama lagi. 

Rosefazil x lama lgi dh ctdk slalunya baby girl akan awal 2 mggu dri tarikh jangka.  Viekhan Dah dekat dah tu... pegi memana plz beteman ya. 

winda_corner Tu tande dah nk bersalin!!! Kt trg kitorg pggl kaki sembab.  madam_raaaa Akak selalu kaki bengkak salah 1 tanda2 nak dekat dah bersalin macam saya dlu. 

Pada masa sama, ada juga peminat yang berkongsi tip untuk mengurangkan bengkak di kaki ketika hamil.  adrah_syahmi Tdur bagi tinggi kaki dato @ctdk  nesty_aulia Kurangin makan makanan rasa asin sayangkuh @ctdk  inja_malinja Lapik bantai time tidoq.. insyaAllah ok..  leung6391 jgn makan yg ada banyak mengadung Garam, dan kaki nya, tolong jgn banyak di gantung, jika mau duduk tolong kaki nya di naikin ke bangku, jadi gak terlampau bengkat Bu. 


Tidak dilupakan, peminat turut mendoakan agar segala proses kehamilan dan bersalin dipermudahkan.  pn_kumbang_merah Comel je kaki @ctdk.. Ape2 pon sy doa kan selamat semue nye... Amin..  Eymahalimah Moga urusan k.ti dipermudahkan...inilah moment paling kita tak boleh lupa utk jd sorg ibu...take care dear  Cikshazuwin Hihihi..taun lps pon sy begitu.. Semoga dato ct dipermudahkan n selamat semuanyer. 

Mariahlour desmariahTok ti doa saya tok ti dapat baby yg comel bijak dan sempurna ahklanye.x sabar nak tengok princess tok ti. 

Kini, usia kandungan penyanyi Jaga Dia Untukku ini sudah pun mencecah lapan bulan dan dijangka melahirkan anak perempuan pada Mac depan.  Siti diijabkabulkan dengan Khalid pada 21 Ogos 2006.
Peminat Siti kongsi tip kurangkan bengkak kaki ketika hamil Peminat Siti kongsi tip kurangkan bengkak kaki ketika hamil Reviewed by Kakigosip on 06:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.