Park Myung Soo Teruja Jumpa BTS Dalam Tandas!

PELAWAK dan pengacara Park Myung Soo mendedahkan dia pernah terserempak dengan anggota kumpulan BTS dalam sebuah tandas ketika berada di sebuah lapangan terbang.

Myung Soo berkata, mereka sempat berbual dalam tandas tersebut meskipun masing-masing tergesa-gesa untuk mengejar penerbangan dan menyifatkan ia pengalaman luar biasa.

"Semua orang tahu saya peminat BTS dan peluang bertemu dengan mereka adalah pengalaman yang cukup menarik.

"Tetapi yang lucunya dalam banyak-banyak tempat, kami bertemu dalam tandas!," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Dalam pada itu, Myung Soo berkata, BTS turut teruja dapat bertemu dengannya dan berasa terharu mereka mengenalinya.

"Saya fikir saya sahaja yang teruja tetapi mereka pun terkejut apabila saya masuk ke tandas itu.

"Mereka semua memberitahu kami jumpa selebriti dan saya berasa malu pula," ujarnya.

Bagaimanapun kata Myung Soo, dia menyesal tidak meminata nombor telefon mereka namun sempat bergambar bersama.



Park Myung Soo Teruja Jumpa BTS Dalam Tandas! Park Myung Soo Teruja Jumpa BTS Dalam Tandas! Reviewed by Kakigosip on 06:07:00 Rating: 5
Powered by Blogger.