OneRepublic Kembali Beraksi di Malaysia Selepas 5 Tahun

Kumpulan OneRepublic yang berasal dari Amerika Syarikat dan popular dengan lagu Counting Stars bakal kembali beraksi di Malaysia.

Ini merupakan persembahan kali kedua mereka di ibu negara selepas konsert OneRepublic Live in Malaysia yang berlangsung pada 31 Oktober 2013 di Sunway Lagoon.

OneRepublic yang dianggotai oleh Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Brent Kutzle (bes/selo/vokalis) dan Eddie Fisher (dram) akan mengadakan konsert di Malaysia pada 25 April 2018.

Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment itu merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak OneRepublic di Asia.
Kumpulan ini ditubuhkan cukup popular dengan lagu-lagu hit seperti Counting Stars, If I Lose Myself dan Apologize.

OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah berprestij dan menerima pencalonan dalam Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards telah menghasilkan empat buatalbum dan terakhir adalah Oh My My yang diterbitkan pada Oktober 2016.

Maklumat lanjut tentang konsert kumpulan ini boleh diikuti di Facebook @WGW Entertainment.
OneRepublic Kembali Beraksi di Malaysia Selepas 5 Tahun OneRepublic Kembali Beraksi di Malaysia Selepas 5 Tahun Reviewed by Kakigosip on 14:01:00 Rating: 5
Powered by Blogger.