Nyanyi Lagu Kebangsaan, Fergie Dianggap Terlalu Seksi

Diberi kepercayaan menyanyikan lagu kebangsaan negara Amerika Syarikat baru-baru ini semestinya momen itu menjadi antara salah satu penghormatan yang besar buat Fergie sepanjang bergelar anak seni.

Bekas anggota kumpulan Black Eyed Peas itu diberi tanggungjawab tersebut sempena pertandingan kejohanan NBA All-Star Game yang berlangsung pada 18 Februari lalu.

Namun 'penghormatan' yang dinikmati Fergie itu sedikit tercalar gara-gara gaya nyanyian mempersembahkan lagu tersebut dianggap terlalu seksi oleh sesetengah pihak.

"Baik Fergie mahupun pengurusannya menganggap tidak ada yang salah dengan cara dia membawakan lagu kebangsaan seperti itu.

"Itu memang cara dia menyanyikan lagu-lagunya. Dia suka menambahkan sedikit elemen seksi dan terdengar beza setiap riff-nya. Seharusnya lagu itu terkesan seperti Jazz. Dia ingin tampil memukau," kata satu sumber seperti yang dilaporkan Cosmopolitan.

Komen pedas itu memaksa Fergie untuk membuka mulut. Katanya, dia sudah berusaha menampilkan yang terbaik daripada dalam dirinya sebagai seorang penyanyi.

"Saya selalu merasa bangga dan terhormat untuk membawakan lagu kebangsaan dan malam tadi saya ingin mencuba sesuatu yang istimewa untuk NBA.

"Saya suka mengambil risiko, tapi jelas cara menyanyikan lagu ini bukan mengenai nada yang diinginkan. Saya cinta negara ini dan jujur saja saya sudah mencuba yang terbaik," jelasnya.

Walau dikritik, namun penampilan Fergie tetap berjaya memukau para penonton yang berada di arena serta mendapat pujian ramai.
Nyanyi Lagu Kebangsaan, Fergie Dianggap Terlalu Seksi Nyanyi Lagu Kebangsaan, Fergie Dianggap Terlalu Seksi Reviewed by Kakigosip on 12:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.