Nuur Nusaybah Orang Baru Dalam Hidup Syafiq Yusof

Pengarah filem Abang Long Fadil 2, Mohd Syafiq Yusof, 25, selamat menyambut kelahiran puteri keduanya, semalam.



Berita gembira tersebut dikongsi menerusi laman sosial Instagramnya miliknya.

Bagaimanapun dia tidak menyatakan dengan terperinci mengenai kelahiran puterinya itu, sebaliknya hanya memberikan nama dan latar belakangnya, tarikh kelahiran dan berat bayi berkenaan.

Memilih nama Nuur Nusaybah, bayi berkenaan dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram.

"Nusaybah ialah seorang daripada serikandi Islam dan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah.

"Nusaybah binti Kaab dikenal dengan jolokan Ummu Umara," tulis Syafiq yang memuat naik sekeping foto bayi comel yang berbalut selimut berwarna hijau.

Syafiq berkongsi foto anak keduanya yang diberi nama Nuur Nusaybah.Syafiq berkongsi foto anak keduanya yang diberi nama Nuur Nusaybah.

Anak kepada produser terkemuka, Datuk Yusof Haslam, itu mendirikan rumah tangga dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014. Pada Januari 2016, mereka dikurniakan puteri pertama yang diberi nama Nuur Jannah.

Pada 8 Mac depan, pengarah yang pernah melakar nama sebagai sutradara paling muda menghasilkan filem di Malaysia ini akan menyaksikan naskhah terbaru arahannya, KL Special Force, menemui penonton di lebih 100 pawagam seluruh negara tidak lama lagi.

Nuur Nusaybah Orang Baru Dalam Hidup Syafiq Yusof Nuur Nusaybah Orang Baru Dalam Hidup Syafiq Yusof Reviewed by Kakigosip on 13:32:00 Rating: 5
Powered by Blogger.