Nita Hamzah Sepatutnya Nikah Bulan Ini Tapi Tak Jadi

Penyanyi Nita Hamzah merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan pada bulan ini dengan Mohd Fareez Shamsul Bahari memutuskan untuk menunda majlis itu.

Nita, 37, berkata dia berharap perancangan mendirikan rumah tangga itu dapat dilaksanakan sebelum bulan Ramadan ini dengan mengutamakan perkara yang wajib terlebih dahulu.

"Saya dan tunang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana dan cukuplah dahulukan apa yang wajib iaitu upacara pernikahan.

"Tak perlulah nak buat besar-besar, cukuplah kenduri kecil-kecilan. Kalau ada rezeki lebih baru boleh fikir majlis lain," katanya.

Nita dan Fareez, 29, telah bertunang pada Ogos tahun lalu dan merancang mendirikan rumah tangga pada bulan ini.

Bagaimanapun, di atas sebab-sebab tertentu, Nita memaklumkan majlis pernikahan tersebut terpaksa ditunda ke tarikh baharu.

"Ikutkan kami akan bernikah bulan ini, namun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan ia terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang lain.

"Insya-Allah kalau tiada aral melintang, pernikahan akan berlangsung sebelum bulan Ramadan ini. Doakan ia dipermudahkan ya," katanya.


Sementara itu, Nita bersikap terbuka untuk berkongsi dengan peminat mengenai soal jodoh dan berharap ia menjadi doa yang baik untuk dia dan bakal suami.

"Saya memang tak pernah sorok mengenai tunang dan tak kisah kalau orang tahu siapa bakal suami. Saya hanya jadi diri sendri dan berkongsi berita gembira dengan semua.

"Ada peminat yang memberi ucapan yang baik-baik dan secara tak langsung ia menjadi doa untuk kami apabila mendirikan rumah tangga nanti," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Nita bakal muncul dengan single berjudul Hadirlah Cinta ciptaan komposer Sharon Paul dan lirik Iman Imran.

Bekas peserta naib juara program realiti Malaysian Idol 2005 ini berkata ia merupakan buah tangan terbaharu setelah 11 tahun berkecimpung dalam dunia seni suara.

"Sejujurnya, saya sangat gementar bercampur teruja dengan kemunculan single ini kerana pelbagai cabaran dan rintangan telah saya lalui.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada Datin Alyah yang menjadi orang kuat mendorong saya untuk terus berjuang dipentas seni ini. Jasa baiknya tidak mungkin saya lupakan," ujarnya.



Nita Hamzah Sepatutnya Nikah Bulan Ini Tapi Tak Jadi Nita Hamzah Sepatutnya Nikah Bulan Ini Tapi Tak Jadi Reviewed by Kakigosip on 15:44:00 Rating: 5
Powered by Blogger.