Netizen puji penganjuran AJL32

PENTAS akhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) baru sahaja melabuhkan tirainya.

Tidak hanya mempertaruhkan 12 lagu terbaik, penganjuran edisi kali ini ini turut mencuri tumpuan seluruh peminat muzik tanah air.

Paling utama, rata-ratanya berpendapat gandingan dua pengacara, Aliff Satar dan Sherry Alhadad sangat bertepatan sehingga mendapat pujian.

Bukan itu sahaja, kehadiran usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat sambil membuat lambaian ala-ala Miss Universe turut mendapat tepukan gemuruh.


Di atas pentas, dek vokal padu yang memukau menyebabkan Altimet, Hael Husaini, Salma, Dayang Nurfaizah serta Syamel & Ernie Zakri  menerima ‘standing ovation’ daripada penonton di stadium dan mendapat sorakan gemuruh.

Altimet juga bagaikan membuat konsert sendiri ditambah pula dengan kemunculan aktres, Nabila Huda melakonkan watak 'nenek' tambah menghangatkan pentas dengan penonton berdiri mengikut rentak lagu Amboi.


Tidak hanya itu, kelibat Iqram Dinzly tiba-tiba muncul menari di atas pentas ketika Hael menyanyikan lagu kemenangannya juga mencuri perhatian penonton.

Bahkan, persembahan penutup AJL32 juga meriah dengan menerusi seleksi lagu Pop Yeh Yeh seperti Tak Mengapa, Suzana, Hidup Bersama, Syurga Idaman, Siapa Gerangan dan Kenanganku.
Netizen puji penganjuran AJL32 Netizen puji penganjuran AJL32 Reviewed by Kakigosip on 22:23:00 Rating: 5
Powered by Blogger.