Netizen berbalah kerana status Fasha Sandha

NIAT pelakon berbakat besar, Fasha Sandha berkongsi gambar dan cerita di laman Instagram (IG) peribadinya mengundang pergaduhan di kalangan pengikutnya.

Menerusi sekeping gambar bersama dua cahaya matanya Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemeyma, 2, Fasha berkata, dia tidak memerlukan khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan diri dan anak-anak ketika berada di luar rumah.

"Ramai kata, sempoi je kan you Fasha, takyah bodyguards. Hahaha, perlu ke bodyguards? Ini tentera kecik ni dah cukup untuk jadi bodyguards ibu.

"Allah Ada. Allah is the best protector. Teruskan berjalan, jangan takut, selagi kita baik dengan orang, insya-ALLAH, kita akan jalan dengan selamat," tulisnya.

Bagaimanapun status yang mendapat lebih 50,000 tanda like dan 1,000 komen ini mencetus perbalahan di kalangan netizen dan peminat Fasha.

Ini kerana sesetengah netizen menyifatkan Fasha seolah-olah menyindir seseorang dan tidak move on dengan kehidupannya kini.

Malah ada juga yang mengaitkan drama lakonannya, Syurga Yang Kedua, dengan kehidupan  bintang berusia 33 tahun ini.

Namun peminat Fasha pula meminta netizen tidak melihat komen tersebut dari sudut negatif dan hanya bercerita tentang apa yang pernah diperkatakan orang kepada pelakon Badang ini.
Netizen berbalah kerana status Fasha Sandha Netizen berbalah kerana status Fasha Sandha Reviewed by Kakigosip on 05:56:00 Rating: 5
Powered by Blogger.