Neera Azizi cuba nasib jadi penyanyi

JIKA sebelum ini ramai yang mengenali Nurazneera Azizi, atau Neera Azizi hanya sebagai pelakon, namun kini Neera bergerak selangkah lagi ke hadapan dengan mencuba nasib sebagai penyanyi pula.

Anak kelahiran Melaka yang dibesarkan di Pahang ini mula mencipta nama sebagai seorang pelakon sekitar tahun 2015. Antara drama lakonannya ialah Sayangku Kapten Mukhriz, Patahnya Sebelah Sayap, Miss Kapten Cikgu Waiz dan banyak lagi.

Menurut Neera, Rasa Hati merupakan single pertamanya berkonsepkan Pop Jazz, dicipta oleh komposer B-Heart, manakala liriknya ditulis bersama oleh B-Heart dengan Neera sendiri.

Katanya, produser untuk lagu berkenaan pula ialah Luca Sickta dan diterbitkan oleh Leroy Crew Productions

“Lagu yang berkisarkan tentang rasa cinta dan saya menjadikannya sebagai hadiah kepada para peminat.

“Saya berterima kasih dengan setiap peminat yang menyokong kerjaya seni saya ini, dan berharap sentuhan yang cukup unik bakal memberikan impak kepada para penggemar muzik tempatan,” katanya semasa pelancaran berkenaan di Concorde Hotel Shah Alam, semalam.

Menurut Neera lagi, selepas ini ‘Rasa Hati’ bakal diputarkan menerusi stesen radio tempatan dan ia juga boleh distrim dan di muat turun menerusi platform digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX dan juga iTunes tidak lama lagi

“Saya juga mengharap ‘Rasa Hati’ ini mampu mendapat tempat di hati para penggemar muzik tempatan dan mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakan media cetak dan elektronik,” katanya.

Turut mengadakan persembahan semasa pelancaran berkenaan adalah beberapa artis di bawah naungan Leroy Crew Productions, termasuklah kakak Neera sendiri iaitu Zeera Azizi.
Neera Azizi cuba nasib jadi penyanyi Neera Azizi cuba nasib jadi penyanyi Reviewed by Kakigosip on 06:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.