Neelofa Perjelas Sebab Pilih Lancar Koleksi Hijab di Kelab Malam

Tidak mahu ambil pusing mengenai kecaman yang dilemparkan sesetengah pihak terhadap dirinya, Neelofa menegaskan dia mempunyai alasan tersendiri memilih lokasi sebuah kelab malam untuk majlis pelancaran koleksi terbaru tudungnya.

Menurut laporan BH online, Lofa berkata lokasi itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajetnya untuk merealisasikan majlis tesebut.

"Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

"Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.

"Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang," kata pemilik jenama Naelofar Hijab ini.

Malam tadi, bertempat di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Lofa melancarkan koleksi tudungnya yang diberi nama Be Lofa sekaligus majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29.
Neelofa Perjelas Sebab Pilih Lancar Koleksi Hijab di Kelab Malam Neelofa Perjelas Sebab Pilih Lancar Koleksi Hijab di Kelab Malam Reviewed by Kakigosip on 05:13:00 Rating: 5
Powered by Blogger.