Namewee tampil beri penjelasan video klip

Penyanyi rap kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali Namewee tampil memberi penjelasan berhubung klip video terbaharunya berjudul ‘Like A Dog’ yang dikatakan menggores sensitiviti masyarakat di negara.

Menurutnya, dia harus tampil memperjelaskan tentang perkara ini kerana salah faham yang berlaku.

“Pertama, lagu ini adalah lagu yang bertemakan anjing. Lagu ini adalah sabuah lagu Tahun Baharu Cina. Dalam turutan kelendar lunar masyarakat Cina dan tahun ini adalah tahun anjing.

“Oleh itu saya telah nyanyikan lagu bunyi salakan anjing dalam setiap negara berbeza. Mungkin anda rasa ada kelakuan tidak senonoh dalam muzik video tersebut, tapi ia hanyalah untuk hiburan sahaja,” katanya di laman Facebooknya.

Dalam kenyataan yang dimuat naik semalam, sebelum ini dia juga ada mengeluarkan lagu Tahun Baharu Cina yang bertemakan ayam dan lagu lain yang berunsur lucu untuk menyambut perayaan tersebut  dan sama sekali tiada niat  untuk menghina mana-mana agama atau pun bangsa.

Katanya, dalam kalender lunar, setiap tahun diwakili haiwan berlainan dan ia mengambil 12 tahun untuk genap putaran ini dan mempunyai 12 haiwan kesemuanya antaranya tikus, lembu, harimau, arnab dan tahun ini adalah tahun anjing sebelum tahun depan adalah tahun babi.

“Kedua, penggambaran muzik video yang muncul dalam muzik video ini adalah jelas di jalan besar Putrajaya yang diiringi dengan tanaman pokok di bahagian tepi. Bangunan di belakang terletak lebih kurang satu kilometer ialah pejabat pentadbiran, lihat betul-betul, kami tidak sentuh mana-mana bahagian kawasan ibadah.

“Jadi saya minta semua pihak yang berkaitan tidak salah faham. Maklumat yang mengatakan saya buat penggambaran dan menghina masjid adalah tidak benar dan tidak pernah berlaku,” katanya.

Ketiga, Putrajaya dijadikan lokasi penggambaran video klip kerana pemandangan dan persekitarannya yang cantik dan tidak sibuk.

“Saya juga pernah buat penggambaran video lain sebelum ini seperti video tentang samun, kemalangan jalan raya dan perayaan krismas. Sebagai seorang pengarah, gaya persembahan saya selalunya lebih kreatif dan tidak menyentuh isu keagamaan dan bangsa.

“Banyak juga filem Hollywood yang membuat penggambaran di sini kandungan filem beransur bunuh dan pergaduhan. Jika unsur yang digunakan tidak senonoh dan bermaksud menghina agama Islam, kenapa pihak berkenaan tidak mengambil tindakan pada filem luar negara dan menghukum para pelancong yang mengambil video dan gambar di putrajaya?,” katanya.

Dalam pada itu Namewee turut menjelaskan tentang klip video ‘Oh My God’ pada 2016 yang dikatakan menghina masjid.

“Saya tegaskan adalah saya dianiaya dan video itu adalah untuk memupuk keharmonian antara kaum di negara.

“Penggambaran video ini dibuat di setiap tempat ibadah termasuk gereja dan tokong... bukan sahaja di masjid. Malah saya telah dapatkan kebenaran pengurusan masjid tersebut untuk penggambaran sambil disaksikan sendiri oleh pihak mereka,” katanya.

Selain itu, Namewee turut menepis dakwaan pembabitannya dirinya dengan mana-mana parti politik.

Jelasnya, sekiranya ada komen darinya yang berunsur politik, itu hanya sekadar pendapat sebagai rakyat Malaysia dan usah libatkan dirinya dengan mana-mana parti politik.

Akhir sekali, Namewee menegaskan dia tidak pernah menghina agama, terutamanya agama Islam.

“Saya pernah mengarah filem yang telah mengumpul ketiga-tiga kaum berbeza dan pernah hasilkan lagu kemerdekaan yang dinyanyikan kaum Melayu, Cina dan India yang telah menerima pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya mempunyai rasa cinta mendalam terhadap negara Malaysia. Malaysia adalah negara berbilang kaum dan saya tidak mungkin menghina mana-mana bangsa atau agama,” katanya.
Namewee tampil beri penjelasan video klip Namewee tampil beri penjelasan video klip Reviewed by Kakigosip on 06:12:00 Rating: 5
Powered by Blogger.