Nabila Terkilan Dakwaan Cari Publisiti Murahan, Ugutan Tumbuk

Penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati, Nabila Razali, mengaku terkilan dengan dakwaan dikatakan mencari publisiti murahan ketika menyanyikan lagu berkenaan sempena promosi Anugerah Juara Lagu (AJL) 32.

Memetik laporan BH online, Nabila, 24, berkata dia menerima ancaman oleh seorang pengguna media sosial yang ingin menumbuknya, lalu berhasrat membuat laporan polis rentetan ugutan yang diterima.

"Saya terkilan apabila ada yang meninggalkan komen hendak menumbuk saya kerana mencari publisiti murahan dengan menyanyi dalam transit aliran massa (MRT) minggu lalu ketika membuat promosi untuk AJL32.

"Saya menghormati peminat yang meluangkan masa untuk bergambar dan berjumpa saya, namun terkilan apabila ada yang mengugut hendak menumbuk saya pula. Media sosial seperti tiada batas apabila peminat sesuka hati membuat ancaman sedemikian.

"Sebagai selebriti, saya ada memuat naik status ingin membuat laporan polis kerana tidak mahu ugutan sebegitu berterusan. Kadang kala, pengguna media sosial memberikan komen tanpa berfikir," katanya.
Nabila Terkilan Dakwaan Cari Publisiti Murahan, Ugutan Tumbuk Nabila Terkilan Dakwaan Cari Publisiti Murahan, Ugutan Tumbuk Reviewed by Kakigosip on 13:31:00 Rating: 5
Powered by Blogger.