Michael Buble bakal timang anak ketiga

PENYANYI kelahiran Kanada, Michael Buble dilaporkan bakal menimang anak ketiga, lapor E News!.

Isterinya, Luisana Lopilato yang juga merupakan aktres kelahiran Argentina dikatakan hamil selepas dilihat memuat naik foto yang menunjukkannya memakai baju longgar di Instagram (IG).

Terdahulu, pasangan ini sudahpun memiliki dua anak iaitu Noah, 4, dan Elias, 2.

Berita kehamilan itu juga merupakan perkhabaran gembira selepas Noah didiagnosis menghidap kanser hati, setahun lalu.

Malah, pasangan selebriti ini juga memilih untuk berehat seketika daripada kerjaya seni demi memberi perhatian terhadap rawatan Noah.

Bagaimanapun, Buble akan muncul sebagai hos bagi program Juno Awardsin 2018 pada Mac ini.
Michael Buble bakal timang anak ketiga Michael Buble bakal timang anak ketiga Reviewed by Kakigosip on 20:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.