Melodi benar-benar membuai

Lama rasanya tidak mendengar alunan merdu penyanyi Adira. Terbaru, penyanyi kelahiran Sabah ini hadir dengan single terbaru berjudul Sembunyi.

Lagu ciptaan Alif For Magic Potions atau Alif Sleeq ini nyata benar-benar membuai dengan melodi yang kedengaran ‘grand’.

Sebelum melangkah ke ‘verse’ kedua, alunan ‘strings’ diiringi vokal mantap Adira menaikkan mood untuk terus mendengar.

Selesai dengan bahagian korus pertama, pendengar seterusnya disajikan dengan nada R&B.

Setidak-tidaknya, ada juga alternatif dan lari sedikit daripada lagu ‘meleret’ sekiranya ada pengikut industri seni muzik yang mula muak dengan karya sebegitu.

Bercerita mengenai jalan cerita yang disampaikan menerusi lagu Sembunyi, ia bergantung kepada interpretasi pendengar sendiri.

Secara ringkas, ia berkisar mengenai putus cinta dan si wanita tertanya-tanya adakah dia patut lari dari bekas kekasihnya.

Namun, Adira ada terjemahan tersendiri dan sedikit berbeza daripada apa yang dipaparkan dalam lirik.

“Untuk pemahaman saya, ia masih mengenai putus cinta, tapi bekas kekasihnya masih ada dekat dengannya untuk memastikan wanita itu dalam keadaan baik,” katanya.

Dilancarkan pada 2 Februari lalu, Sembunyi adalah buah tangan terbaru selepas lapan bulan Adira menyepi.

Di YouTube, Sembunyi dihasilkan dalam bentuk video lirik dan video muziknya masih dalam perbincangan.
Melodi benar-benar membuai Melodi benar-benar membuai Reviewed by Kakigosip on 06:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.