Makcik bawang tu apa sebenarnya? : Nabila Huda

PELAKON terkenal, Nabila Huda bergurau secara sinikal apabila bertanyakan apakah maksud sebenar ‘makcik bawang’ yang gemar diguna pakai oleh netizen.

Perkara itu dikongsikannya menerusi laman Twitternya.

“Makcik bawang tu apa sebenarnya? Saya dah lama dengar tapi tak faham apa tu makcik bawang.

“Makcik tu jual bawang? Makcik tu bau bawang?Makcik tu ada kena mengena dengan bawang? Tak faham,” tanyanya di Twitter.

Perkongsiannya itu mendapat 264 retweets dan 657 likes daripada pengikutnya yang terhibur dengan statusnya itu.

Malah, ada juga pengikutnya yang yang memberi penjelasan mengenai gelaran tersebut, tidak kurang juga yang berjenaka dengannya.

@cikmimiiii

Time kenduri ada rewang. Time rewang ada makcik makcik. Time makcik makcik merewang, makcik makcik mengumpat mengata membebel. Asal kejadian makcik bawang.



@AdieyChin

ada 2 org pmpn ni nama dia bawang putih dan bawang merah..depa ni ada la sorg makcik..so nk pendekkan cerita, xtau nama apa makcik ni so pgl je makcik bawang..maksudnya makcik kpd bawang putih dan bawang merah tu la..kikiki

@shaesyah98

Makcik bawang tu ialah makcik yang sedang potong bawang sambil2 tu bergossip.

@SyahiddaNora

Makcik yg suka jg tepi kain org...sambil potong bawang kot..hihi

@ummiku29

Makcik bawang ni dia sejenis spesis manusia yg mampu menghilangkan kesabaran yg kita tanam dalam jiwa. Mereka sngt power dengan soalan2 cepu mas dan gosip2 murahan.

@idahidayah81

Makcik kepichi yang memedihkan mata dan hati.  Itulah makcik bawang…

@Shazyzy

Kalau time kenduri ada rewang makcik2 yg kupas bawang tuu kan suka gossip2. Sambil kupas bawang smbil tuu gossip. Itu laa wujud nama Makcik Bawang / Makcik suka gossip.

@INDAH__Ibrahim

Sama . Kenape kaitkan dgn bawang ? Bawang sedap kot?
Makcik bawang tu apa sebenarnya? : Nabila Huda Makcik bawang tu apa sebenarnya? : Nabila Huda Reviewed by Kakigosip on 22:03:00 Rating: 5
Powered by Blogger.