Lindsay Lohan bertudung di Minggu Fesyen London

PELAKON kontroversi, Lindsay Lohan mengejutkan banyak pihak apabila tampil dengan imej bertudung di acara Minggu Fesyen London Modest  baru-baru ini.

Bintang Mean Girls itu bukan hanya memakai tudung, tetapi juga mengenakan pakaian yang kemas dan menutup aurat sehingga mencuri perhatian ramai sepanjang acara itu berlangsung.

Sementara itu, beberapa selebriti tanah air yang berada di acara itu juga sempat berkongsi gambar mereka bersama Lindsay yang begitu sporting melayan tetamu dan  peminat yang mendekatinya.

Antara selebriti yang sempat berselfie bersama Lindsay ialah Datin Norjuma, dan Raja Nadia Sabrina yang turut terlibat dalam acara tersebut.


Sebelum ke acara itu, Lindsay juga turut  membuat video live di Instagram peribadinya yang menunjukkan dia sedang belajar memakai tudung dengan betul.

Malah dalam video tersebut, Lindsay meluahkan hasratnya yang ingin memakai tudung secara tradisional.

Lindsay sebelum ini pernah mencetuskan tanda tanya ramai apabila beberapa kali pernah tampil bertudung dan memegang Al-Quran.

Meski ramai ada spekulasi yang mengatakan dia kini telah memeluk agama Islam, namun sehingga kini tiada siapa yang dapat mengesahkan status sebenar agamanya.
Lindsay Lohan bertudung di Minggu Fesyen London Lindsay Lohan bertudung di Minggu Fesyen London Reviewed by Kakigosip on 05:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.