'Kupu-Kupu' Nama Anak Kylie Jenner?

Selepas mengumumkan kelahiran puterinya, ramai yang ternanti-nantikan nama yang akan Kylie Jenner berikan untuk anak sulungnya itu. Malah ada juga yang sudah meneka-neka nama bayi comel tersebut.



Sehinggakan satu teori tersebar di internet yang mana ramai percaya Kylie akan memberi nama anaknya dengan nama Butterfly (kupu-kupu) kerana kupu-kupu merupakan simbol yang cukup sinonim dengan kehidupan bintang realiti TV itu.

Sebelum ini, Kylie pernah pernah berkali-kali memuat naik foto yang dihiasi dengan pelekat kupu-kupu dan sesekali dia berkongsi barangan perhiasan berbentuk kupu-kupu.
Bukan itu saja, Kylie dan pasangannya Travis Scott pernah membuat tatu kembar bergambar kupu-kupu.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pihak yang meneka dan yakin ibu berusia 20 tahun itu akan menamakan anaknya berdasarkan salah satu 'lip kit' yang dilancarkan iaitu diberi nama Posie K.

Spekulasi tambah kuat apabila kebetulan dia memuat naik jenis lip kit Posie K di hari kelahiran bayinya itu. Posie adalah singkatan dari Mariposa yang bererti kupu-kupu dalam bahasa Spanyol.

Namun sehingga kini, Kylie mahupun Travis masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai nama anak mereka.

Terdahulu, adik kepada Kim Kardashian ini 'berjaya' menyembunyikan berita kehamilannya selama sembilan bulan. Sehinggalah dia membuat pengumuman rasmi menerusi Instagram pada Isnin lalu, memberitahu dia telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada 1 Februari 2018.
'Kupu-Kupu' Nama Anak Kylie Jenner? 'Kupu-Kupu' Nama Anak Kylie Jenner? Reviewed by Kakigosip on 13:28:00 Rating: 5
Powered by Blogger.