Kim Yoo Jung Derita Hidap Tiroid

Bintang drama Love in the Moonlight, Kim Yoo Jung kini menderita akibat penyakit tiroid dan perlu menjalani pembedahan segera.

Menurut sumber, aktres berusia 18 tahun ini sudah mendapat rawatan di hospital.

"Kim Yoo Jung ketika ini sedang sakit dan telah mendapat rawatan di hospital. Dia telah disahkan mengidap tiroid dan perlu menjalani pembedahan segera.

"Dia tidak dapat meneruskan aktiviti seni dan mengikuti promosi dalam tempoh beberapa bulan kerana terpaksa berehat selepas menjalani pembedahan.

Pelakon yang juga popular dengan jolokan "Korea's Little Sister" itu kini menjalani penggambaran drama 'First, Clean Passionately'.

Dia sudah pun selesai mengikuti sesi bacaan skrip dan menjalani beberapa babak filem tersebut. Bagaimanapun proses pembikinan drama tersebut berkemungkinan tidak dapat diteruskan.

"Kami perlu mengetahui kondisi kesihatan Kim Yoo Jung buat masa ini. Kami akan mendapat pengesahan berapa lama dia akan berehat," kata wakil produksi.

Drama berkenaan sepatutnya akan ditayangkan pada April, jadi pihak produksi tidak dapat menunggu lebih lama sehingga dia (Kim Yoo Jung) sembuh. Namun pihak produksi sedang dalam perbincangan.

Kim Yoo Jung Derita Hidap Tiroid Kim Yoo Jung Derita Hidap Tiroid Reviewed by Kakigosip on 05:14:00 Rating: 5
Powered by Blogger.