Ketagihan pornografi parah

“PERNAH satu hari dia datang jumpa, dia pegang saya dan cakap Ummi, dah tak tahan sangat, saya dah usaha untuk tak ada rasa tapi kenapa masih rasa nak buat lagi?" Itu antara rintihan pelatih di Rumah Puteri Arafiah, Seksyen 7, Shah Alam yang berdepan masalah ketagihan seks.

Pengurusnya, Hazwani Husna Azman yang mesra disapa Ummi dalam kalangan pelatih berkongsi beban emosi dan rohani yang terpaksa ditanggung penghuni Rumah Puteri Arafiah yang terdiri daripada remaja perempuan terlanjur.

Kongsi Hazwani Husna, ada pelatih merintih betapa dahsyatnya ujian ALLAH dan turut mengakui penat yang tidak tertanggung dengan perasaan dialami itu.

“Isu pornografi, pedofilia dan jenayah seksual di negara ini sudah capai paras kritikal. Mereka ketagih seks yang ekstrem pada usia terlalu muda. Di Rumah Puteri Arafiah kami menerima panggilan berkaitan aduan remaja terlanjur antara tiga hingga lapan panggilan sehari,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Hazwani Husna, cabaran terbesar yang perlu ditanganinya bukan aspek kaedah mengawal pelatih tetapi bagaimana untuk membantu emosi mangsa berkenaan.

Tambahnya, tahun lalu nisbah pelatih lazimnya terdiri daripada remaja berusia 18, 19 atau 20 tahun ke atas.

“Tetapi kini umur 13, 14 dan 15 adalah paling hardcore mencecah paras 80 peratus terlibat dengan pornografi dan isu sosial. Itu cabaran terbesar kita.

“Ruang nak tarbiah kepada pelatih usia 10 hingga 15 tahun sangat susah kerana mereka terlalu lama bergelumang dengan seks dan zina," katanya.

Katanya, kebanyakan remaja terlanjur ini tidak faham ada jalan keluar untuk membetulkan kerosakan itu kerana mereka terlalu mentah untuk memikirkan perkara itu.

Menurut beliau, ketagihan pornografi agak dahsyat menjadi pencetus utama kepada permasalahan yang lebih besar seperti  HIV dan kandungan luar nikah. 

Menurutnya, punca lain berlaku pornografi ialah kekurangan pemantauan ibu bapa.

Berkongsi pengalaman kes yang pernah dikendalikan di Rumah Puteri Arafiah, Hazwani Husna berkata, ada pelatih terlibat sumbang mahram.

“Alhamdulillah dia menang kes itu yang, melibatkan bapa saudara sendiri.Pada masa itu umurnya 15 tahun tetapi bukan dengan kerelaan  atau kerana kepandaiannya.

”Bermakna dia tak tonton pornografi, dia tak tahu apa-apa tetapi lama-lama dia di ajak oleh bapa saudara sendiri untuk ‘buat’ tu nampak kat situ permulaan.

“Mula-mula dipaksa lama-lama jadi paksa rela kemudian jadi suka berkali-kali jugalah yang boleh sampai mengandung. Perkara yang buat dia menang kes sebab ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pak cik dia, pedofilia ini kebanyakan kes yang berlaku kerana keluarga yang berantakan,” katanya.


Menurut Hazwani Husna, perceraian dan perkahwinan baru ibu dan bapa mengakibatkan anak-anak  mereka diserahkan kepada jagaan orang lain juga pencetus kepada masalah pedofilia seperti ini.

Tambahnya, terdapat satu kes kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun setengah sudah hamil angkara perbuatan bapa tiri.

“Tapi kita tak boleh ambil kes ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kendali kes ini sebab dia terlalu kecil. Kita dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa ruang pinggul dia terlalu kecil untuk dia melahirkan bayi.

“Apabila kita tanya, dia kata bapa tiri tapi mak dia sendiri tidak percaya suami dia yang buat jadi untuk membuktikan hanya dengan DNA saja la.

“Budak tu sangat  muda dan kerosakan dia terlalu teruk. Dia kena pergi psikatari, kaunselor, benda-benda macam tu buat dia keliru.  Umur 11 tahun lebih orang pergi sekolah belajar dia dah bawa perut, dia tak faham apa-apa bila kita tanya dia tak tahu,” ceritanya.

Tambahnya, kes kanak-kanak malang ini menjadi lebih sulit apabila ibunya sendiri tidak percaya perbuatan itu dilakukan oleh suami baharunya.

“Semasa kita tanya tentang pornografi dia pun tak tahu, kiranya dirogol. Hal ini secara automatik pedofilia adalah pornografi

Beliau turut menjelaskan berdasarkan rekod kebanyakan penghuni di Rumah Puteri Arafiah datang dari Pahang, Perak, Sabah dan pantai timur.

“Kebanyakan mereka tinggal di kawasan padat seperti tanah rancangan,  pedalaman dan flat. Umur 15 dan tahun di tanah rancangan sangat dahsyat sebab mereka terlibat dengan pengambilan dadah," katanya.

Sementara itu, menurutnya pernah  seorang pelatih menemuinya dan membuat pengakuan berani.

“Dia mengaku sendiri waktu sujud solat taubat pun masih berfikir lagi, oh, ni kalau dah ada lelaki ni best ni. Maknanya khusyuk dengan ALLAH tu dah tak ada dah. Dia boleh fikir benda lain pula.

”Di sini salah satu jalan yang kami buat bagi elak berfikir macam tu, selain solat, mengaji, bertaubat, mereka kena fikir sebagai hamba ALLAH dan salurkan tenaga ke tempat lain.

Justeru, katanya,  pelatih perlu aktif   beriadah dan banyakkan berfikir perkara lain yang lebih bermanfaat.
Ketagihan pornografi parah Ketagihan pornografi parah Reviewed by Kakigosip on 22:25:00 Rating: 5
Powered by Blogger.