Karl Shafek kongsi pengalaman mendebarkan di Bandung

Pelakon dan pengacara, Karl Shafek, berkongsi detik yang mencemaskan semasa dia berada di Bandung, Indonesia.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter peribadinya, pengacara program CJ Wow Shop ini telah menempah perkhidmatan Grab semasa berada di sana.

Bagaimanapun sewaktu melalui  lorong gelap dan sunyi, pemandu Grab berkenaan berkeras meminta bintang berusia 38 tahun ini membatalkan perkhidmatannya dengan alasan mahu mengikut jalan yang diketahuinya.

Mengakui bimbang dan berdebar kerana tidak mengetahui niat sebenar pemandu berkenaan, pemilik nama sebenar Khairul Shafek Ibrahim ini enggan mengikut kemahuan pemandu terbabit.


"Saya naik keretanya tak sampai tiga minit dan dia suruh batalkan tempahan. Risau dan berderau sebab tak boleh nak fikir apa logiknya dia suruh cancelkan trip tu sedangkan  dia masih nak hantar saya ke hotel.

"Kemudian saya beritahu saya lebih selasa jika  teruskan menggunakan aplikasi ini sehinga ke hotel saya”," ujarnya.

Namun detik mendebarkan tidak berakhir di situ sahaja apabila pemandu tersebut berkeras meminta Karl Shafek membatalkan tempahan sambil menoleh ke belakang memandangnya.

Bagaimanapun, cerita Karl Shafek dilihat tidak menyambung apa yang berlaku selepas itu.

Diharapkan, Karl Shafek berada dalam keadaan baik dan enjoy dengan tripnya di Bandung
Karl Shafek kongsi pengalaman mendebarkan di Bandung Karl Shafek kongsi pengalaman mendebarkan di Bandung Reviewed by Kakigosip on 05:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.