'Kalau tak bersedia... jangan buat': Faizal Ismail

DEMI memastikan keselesaan pengguna, semua lebuh raya mula melaksanakan sistem pembayaran elektronik sepenuhnya, sejak tahun lalu.

Rentetan itu, tiada lagi transaksi tunai akan dikendalikan dan pengguna lebuh raya perlulah membayar tol menggunakan kad elektronik seperti PLUSMiles, Touch N' Go ataupun SmartTAG.

Secara tidak langsung, keadaan itu turut menuntut untuk memperbanyakkan lagi lorong tambah nilai.

Bagaimanapun, sebaliknya pula yang berlaku ditambah pula dengan beberapa masalah yang tidak dapat dijangka.

Kesal dengan kejadian itu, pengacara dan penyampai radio popular, Faizal Ismail turut meluahkan rasa tidak puas hatinya melalui laman Instagramnya (IG), baru-baru ini.

"Laksanakan bayaran tol 100% elektronik. Tapi bila nak tambah nilai asyik TUTUP. Buka ikut waktu tertentu. Pengguna pulak perlu pastikan tak masuk highway masa kaunter tambah nilai tutup.

"Alasannya kat luar pun ada ejen-ejen top up. Jadi pengguna juga kena cari stesen minyak, kedai-kedai 24 jam. Yangg selalu jugak tiba-tiba OFFLINE.. haha," luahnya.

Malah, bekas penyampai radio Hot FM ini meminta agar pihak berkenaan menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada.

"Kalau tak bersedia JANGAN buat. Bila nak buat, kena pastikan 24 jam beroperasi tambah nilai. TIADA alasan. Tenaga kerja dah kurang.

"Tak pun gantikan dengan kiosk macam kat Jejantas Sg Buloh. Habis cerita. Ini tak.. dah la bukan 24 jam.. bila bukak lorong.. satu je yang bukak. Nak tambah nilai kena TAMBAH lagi masa. Sekian," tulisnya beserta #Abanggeram, #Dahlamanakbebel dan #cakapbiarserupabikin.
'Kalau tak bersedia... jangan buat': Faizal Ismail 'Kalau tak bersedia... jangan buat': Faizal Ismail Reviewed by Kakigosip on 14:57:00 Rating: 5
Powered by Blogger.