Kalah Taruhan, Tom Hardy Buat Tatu 'Leonardo DiCaprio'

Pelakon Tom Hardy terpaksa akur apabila tubuhnya dilukis tatu gara-gara kalah taruhan dengan sahabat baiknya, Leonardo DiCaprio.

Sekitar tahun 2016, bintang Titanic itu meramalkan bahawa Hardy akan tersenarai dalam calon anugerah Oscar 2016.

Namun, Hardy yang ketika itu yakin bahawa ramalan Leo akan meleset lalu dengan berani mengatakan dia rela tubuhnya dilukis ditatu jika dirinya benar-benar tercalon.

Tidak disangka, aktor berusia 40 tahun tersebut menjadi antara calon Oscar pada tahun tersebut.

Namun ketika itu, Hardy masih menolak untuk membuat tatu. Tetapi, nampaknya kini selepas 2 tahun, akhirnya bintang filem Venom itu terpaksa 'melunaskan janjinya'.

Baru-baru ini, Tom menayangkan tatu tersebut menerusi sekeping foto yang dimuat naik di Instagram oleh temannya, Andrew Calisterio.

Pada gambar tersebut menunjukkan lengan kanan Tom terlukis tatu, "Leo knows all (Leo tahu semuanya)."

..

Hardy mula berkawan rapat dengan Leonardo ketika menjayakan watak antagonis sebagai John Fitzgerald dalam The Revenant manakalah Leonardo menjadi peranan utama filem tersebut.
Kalah Taruhan, Tom Hardy Buat Tatu 'Leonardo DiCaprio' Kalah Taruhan, Tom Hardy Buat Tatu 'Leonardo DiCaprio' Reviewed by Kakigosip on 13:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.