Kad Kahwin Taeyang, Min Hyo Rin Terima Pujian

BERITA perkahwinan pasangan selebriti Taeyang dan Min Hyo Rin sentiasa menarik perhatian media dan peminat mereka.

Terbaharu, kad undangan perkahwinan salah seorang anggota kumpulan Big Band itu telah didedahkan kepada umum.

Foto tersebut dikongsi secara eksklusif oleh rakan baiknya, 1TYM, Song Baekyoung menerusi laman Instagramnya yang mendapat pujian ramai.

Foto eksklusif itu menunjukkan sebuah kad berwarna putih dan dihiasi dengan sejambak bunga mini di bahagian hadapan kad berkenaan.

Manakala pada bahagian belakang kad tersebut pula menampilkan tulisan berwarna emas dengan ayat yang dipetik menerusi kitab injil:

"Berdua lebih baik daripada satu, kerana mereka mempunyai ganjaran yang baik untuk usaha mereka," tulisnya.

Pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini.



Kad Kahwin Taeyang, Min Hyo Rin Terima Pujian Kad Kahwin Taeyang, Min Hyo Rin Terima Pujian  Reviewed by Kakigosip on 06:07:00 Rating: 5
Powered by Blogger.