Johan, 8 tahun tak pernah cari job

PELAKON popular, Johan As’ari mengakui tidak pernah mencari ‘job’ sepanjang hampir lapan tahun terlibat dalam industri seni.

“Ini jujur dari hati saya. Memang saya tak pernah cari job tapi job yang datang kepada saya.

“Alhamdulillah. Itu rezeki saya, saya doakan rezeki anda  melimpah ruah juga,” katanya pada Sinar Harian.

Pada masa sama, Johan bakal terlibat dalam drama bersiri 100 episod, untuk tahun ini.

“Untuk 2018, saya akan buat 100 episod, maknanya habis 100 episod saya akan dapat rehat sampai ke hujung tahun.


“Tak apa, sebab biasanya untuk 100 episod, saya akan terlibat untuk menjalani penggambaran bagi tempoh lima ke enam bulan,” katanya.

Walaupun popularitinya dilihat semakin menurun, bintang filem Juvana ini tetap percaya pada ketentuan ALLAH SWT.

“Saya percaya saya berada dalam kelas tersendiri. Saya tetap confident dengan diri saya. Bagi saya rezeki masing-masing,” katanya.
Johan, 8 tahun tak pernah cari job Johan, 8 tahun tak pernah cari job Reviewed by Kakigosip on 06:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.