Jeo So Min Lari, Menangis Diminta Buat Pembedahan Plastik

PELAKON Jeo So Min mendedahkan pihak pengurusannya pernah mencadangkan agar dia melakukan pembedahan plastik kerana merasakan wajahnya tidak menarik.

So Min memberitahu ketika itu dia sudah pun berjumpa dengan pakar pembedahan kosmetik bagi mendapatkan khidmat nasihat namun tetap dengan pendiriannya untuk kekal dengan wajah asalnya.

Katanya lagi ketika itu dia sangat takut untuk melakukan pembedahan dan bertindak melarikan diri sambil menangis.

"Saya pernah pergi ke pusat pembedahan plastik selepas pihak pengurusan saya mencadangkan agar buat pembedahan yang menelan belanja AS$21,000 (RM84,000).

"Tetapi saya tidak melakukannya kerana saya masih muda ketika itu selain terlalu takut sehingga melarikan diri sambil menangis," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Dalam pada itu, So Min berkata, bukan mudah untuk bergelar seorang selebriti kerana dia juga pernah menjadi mangsa kritikan gara-gara wajahnya yang kurang menarik.

"Saya pernah terima banyak komen tentang penampilan dan wajah saya yang dikatakan kurang menarik sebagai pelakon.

"Harus saya akui, saya tidak mempunyai wajah yang cantik ketika mula menceburi bidang seni," ujarnya.

Peserta program Running Man itu membuat pendedahan berkenaan ketika menjadi salah seorang tetamu rancangan bual bicara Life Bar yang disiarkan menerusi saluran TVN.
Jeo So Min Lari, Menangis Diminta Buat Pembedahan Plastik Jeo So Min Lari, Menangis Diminta Buat Pembedahan Plastik Reviewed by Kakigosip on 06:06:00 Rating: 5
Powered by Blogger.