Jennifer Lawrence Mengaku Tak Habis Sekolah

Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan Jennifer Lawrence, 27, demi mencapai cita-citanya sebagai pelakon yang berjaya. Salah satunya, dia terpaksa meninggalkan persekolahannya.



'Rahsia' tersebut didedahkan sendiri pelakon yang pernah tersenarai sebagai Aktres Yang Menerima Bayaran Paling Tinggi di Dunia (2015/16) ini ketika sesi temubual oleh 60 Minutes.

Menurut wanita berusia 27 itu, dia terpaksa membuat keputusan meninggalkan persekolahan menengah di Louisville, Kentucky demi karier di Hollywood. Ketika itu usianya 14 tahun.

"Saya keluar dari sekolah menengah (high school). Saya tidak mempunyai diploma atau ijazah.

"Saya berdepan kesukaran untuk belajar di sekolah. Saya tidak pernah berasa diri saya pintar," akui bintang filem X-Men: Dark Phoenix ini.

Walaupun tidak mempunyai kelulusan yang tinggi dalam pelajaran namun kata Lawrence, dia tidak pernah menyesal dengan pilihannya. Sebaliknya dia selalu merasakan bidang lakonan memang sudah menjadi sebahagian dalam hidupnya.

"Saya sama sekali tidak menyesal. Saya dapat apa yang ingin saya lakukan, dan saya tidak akan biarkan satu pun menghalanginya.

"Malah kawan-kawan yang saya sudah kenal selama bertahun-tahun pun tidak sepenting karier saya. Saya merasakannya sejak usia 14 tahun lalu," tuturnya.
Jennifer Lawrence Mengaku Tak Habis Sekolah Jennifer Lawrence Mengaku Tak Habis Sekolah Reviewed by Kakigosip on 05:17:00 Rating: 5
Powered by Blogger.