Jenazah Azmil Mustapha selamat dikebumikan

JENAZAH allahyarham Azmil Mustapha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam di sini, hari ini.

Jenazah dikebumikan sekitar jam 6 petang tadi dengan kehadiran anggota keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat.

Terdahulu jenazah Allahyarham telah disolatkan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam.

Jenazah Azmil telah disolatkan selepas solat asar dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Selain rakan artis, turut menziarahi allayarham Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir Aziz Bakar, Pengerusi Eksekutif Bebas AirAsia, Datuk Kamarudin Maranun.
Jenazah Azmil Mustapha selamat dikebumikan Jenazah Azmil Mustapha selamat dikebumikan Reviewed by Kakigosip on 05:54:00 Rating: 5
Powered by Blogger.