Jenazah Azmil Mustapha akan dibawa ke Masjid Negeri

"JENAZAH Allahyarham Azmil Mustapha akan disembahyangkan di Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, petang ini," kata adiknya, Aziq Mustapha.

”Kami memohon maaf bagi pihak Allahyarham atas segala kekhilafan, dan mohon doakan kesejahteraan Allahyarham.

”Mohon hubungi kami sekiranya ada sebarang kesulitan,” katanya.

Azmil popular era 80-an menerusi filem Ali Setan meninggal dunia sekitar jam 12.40 tengah hari tadi di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.

Beliau yang berumur 64 tahun meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Aziq berkata, abangnya meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan.
Jenazah Azmil Mustapha akan dibawa ke Masjid Negeri Jenazah Azmil Mustapha akan dibawa ke Masjid Negeri Reviewed by Kakigosip on 05:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.