Jelajah komedi Harith Iskander

GEMPAL sangat teruja apabila dimaklumkan pelawak popular Harith Iskander akan mengadakan program jelajah komedi. 

Program yang diberi nama #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander “Live” 2018 anjuran Celcom ini bakal berlangsung di dalam bulan Februari sehingga Mac tahun ini.

Destinasi pertama adalah di Kuala Lumpur iaitu pada 24 Februari (8.30pm) di Arena Axiata dan akan merebak ke negeri-negeri lain. 

Setelah 27 tahun berada di tangga teratas di persada komedi Malaysia, Harith telah mengharumkan nama negara dan meletakkan Malaysia di peta komedi dunia menerusi kejuaraan beliau dalam pertandingan Laugh Factory’s Funniest Person in the World serta persembahan komedi khas beliau di laman sesawang Netflix.

Walaupun dikenali di peringkat antarabangsa, Harith tetap berbangga di atas penampilan komedinya yang mencerminkan keunikan budaya negara hasil kehidupan dan interaksi di kalangan berbilang kaum.

Oleh kerana itulah, Harith dipilih untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan komedi. 

“Berbekalkan pendekatan baru setelah mewakili Malaysia di persada dunia, matlamat saya kini ialah untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengupas dan menampilkan maksud sebenar istilah 'being Malaysian' menerusi gaya komedi teater saya yang berasaskan sejarah, kebudayaan dan lain-lain perkara yang mencuit hati yang membentuk  jiwa Malaysia kita," katanya. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Azwan Khan Osman Khan berkata, Celcom berbangga menjadi penganjur #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander “Live” 2018 kerana ianya mencerminkan sokongan Celcom ke arah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

 “Kami yakin Harith Iskander akan dapat menampilkan semangat 1Malaysia di dalam komedinya, semoga akan mengingatkan kita semua bahawa perpaduanlah yang telah membawa kita ke sini," jelasnya.

Gempal juga yakin bahawa konsep komedia yang dibawakan nanti dapat menyuntik rasa cintakan negara dan terus berbangga dengan apa yang Malaysia ada. 

Dilakukan secara santai namun yang penting hasilnya mestilah tersemat di dalam hati. 

Bagi butiran selanjutnya mengenai Harith Iskander dan #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander 2018, sila layari https://myticket.asia/#event|celcom-harith-iskanders-kitaok-live-comedy-tour-2018|418.
Jelajah komedi Harith Iskander Jelajah komedi Harith Iskander Reviewed by Kakigosip on 06:07:00 Rating: 5
Powered by Blogger.