Jatuh Terduduk Depan Peminat Dubai

Penglibatan Ke$ha sebagai salah satu artis yang menjayakan acara festival RedfestDXB Dubai yang berlangsung pada minggu lalu sememangnya dinanti-nantikan peminat.

Berbaloi peminat menunggu, ternyata bintang berusia 30 tahun ini tidak mengecewakan. Dia tampil dengan persembahan cukup energetik menyanyikan lagu "We R Who We R".

Ketika sedang ligat membuat persembahan, Kesha mengejutkan semua penonton apabila dia tiba-tiba jatuh terjelepok di atas pentas gara-gara hilang keseimbangan.

Tidak membiarkan insiden malangnya itu terus memalukannya, lantas dia cepat-cepat berdiri dan meneruskan persembahan. Ramai yang memuji sikap profesional Kesha.

Selain Ke$ha, artis lain yang memeriahkan acara tahunan tersebut seperti Bebe Rexha, Marshmello, hingga The Chainsmokers.

Sebelum kejadian ini, nama Ke$ha menjadi bualan umum ekoran pengakuanya mengatakan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual. Dia mendakwa menjadi serangan mangsa seksual produser muzik terkenal, Dr. Luke.

Bagaimanapun tuduhan itu dinafikan Dr. Luke sebaliknya mendakwa bahwa Ke$ha sengaja mencemarkan nama baiknya.

Selain kes dengan Dr. Luke, Ke$ha juga menjadi bualan lantaran bercerita tentang perjuangannya yang mengalami gangguan makan. Kongsinya, pernah satu ketika dia mengalami gejala tersebut dan di tahap lapar terlampau sehingga dia nyaris mati.

Namun kini kesihatan dirinya semakin pulih dan bertambah baik selepas menjalani rawatan dan rehabilitasi.
Jatuh Terduduk Depan Peminat Dubai Jatuh Terduduk Depan Peminat Dubai Reviewed by Kakigosip on 13:31:00 Rating: 5
Powered by Blogger.