'Jangan paksa, tapi pujuk... ' - Yatt Hamzah

MEMAHAMI kepentingan berhijab, selebriti popular Yatt Hamzah berkongsi sesuatu yang istimewa khas buat golongan ibu dan anak.

Perkongsian itu adalah mengenai cara selebriti berusia 38 tahun ini mendidik anak kecil berhijab bersempena Hari Hijab Sedunia yang jatuh pada 1 Februari lalu.

"Salam Sayyidul Ayyam. Khusus untuk ibu dan anak.

"Mak-mak, ibu-ibu, mama-mama di luar sana didik anak pakai hijab sejak umur berapa? Macam mana cara yang betul mula kenalkan dorang dengan hijab atau tudung?

"Sempena World Hijab Day 1 Februari, didiklah anak-anak perempuan mengenal dan memakai hijab sejak awal, jadi mereka takkan kekok dah besar nanti," kongsinya di laman Instagram (IG).

Katanya, mengajar bukan bermakna memaksa tetapi memujuk agar anak-anak kecil mengetahui dan memahami menutup aurat dengan sempurna.

"Takpelah awal-awal tu anak-anak tak selesa, panas, asyik buka pakai dan macam-macam kerenah lagi..Layankan je..Jangan paksa tapi pujuk..In shaa ALLAH lama kelamaan dorang akan faham dan biasa. Lama kelamaan mereka tak boleh tak pakai hijab bila keluar.

"Bukan setakat hijab, mereka akan rasa malu tak tutup aurat yang lain. Mereka akan malu nak pakai baju dan seluar ketat, baju singkat dan seksi, baju tak tutup punggung, semua ni mereka akan tolak dengan sendiri bila kita sebagai ibu yang didik mereka dari awal untuk menutup aurat dengan betul. Kan meluntur buluh biar dari rebungnya," tulisnya lagi.

Jelasnya, adalah wajar untuk seorang ibu menunjukkan contoh terbaik buat anak kecilnya.

"Jangan harap nak anak solehah jika mak tak solehah dulu dan ajarkan anak-anak contoh wanita solehah.

"Anak-anak akan lebih cepat tiru apa mak buat, pakai dan cakap dari dengar nasihat. So tunjuklah contoh yang baik," katanya.

Pelakon drama bersiri Baitul Rahmat ini turut berkongsi pengalamannya mendidik anak sulungnya, Suci Hanania Malaika berhijab.

"Anak saya Kak Nia @sucihananiamalika mula berhijab pada umur tiga tahun tapi ON OFF. Bila sudah mula bersekolah iaitu pada usia lima tahun barulah dia berhijab penuh.

"Kadang-kadang, saja dia akan buka (dalam kereta atau rumah saudara) jika terlalu lama memakainya dan mula berpeluh," ceritanya lagi.

Bahkan, katanya, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mengajar anaknya itu mula berhijab.

"Susah tak nak ajar Kak Nia berhijab? Tak susah sangat sebab dia suka tengok bondanya bersiap melawa depan cermin dengan macam-macam shawl, hijab dan mekap. Jadi dia tiru sajalah.

"Anak-anak perempuan memang mudah ikut apa saja pemakaian maknya. Dari baju, hijab, kasut hinggalah ke beg tangan dan mekap!. So, kerja jadi mudah bila mereka ikut penampilan kita setiap hari.

"Alhamdulillah anak saya mudah dibentuk dan faham tentang kewajiban menutup aurat sejak kecil," katanya.

Justeru, katanya, adalah penting sebagai ibu bapa untuk membantu anak-anak kecilnya memahami akan kepentingan berhijab.

"Sangat penting kita fahamkan mereka KENAPA WAJIB BERHIJAB? Bukan sekadar suruh mereka pakai hijab sebab mak dan nenek mereka pun pakai. Atau kerana wanita Muslim memang kena pakai hijab, tapi lebih afdal kita terangkan tentang indahnya berhijab sebagai syariat yang ALLAH perintahkan.

"Ceritalah pada mereka tentang dalil, syurga dan neraka, pasti mereka suka," kongsinya lagi.
'Jangan paksa, tapi pujuk... ' - Yatt Hamzah 'Jangan paksa, tapi pujuk... ' - Yatt Hamzah Reviewed by Kakigosip on 05:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.