Jam Rolex untuk si kembar

PELAKON Datin paduka Eina Azman berkongsi momen sambutan hari lahir anak kembarnya Karl kareef dan Arianna Aubrey. 

Majlis hari lahir pasangan kembar comel ini telah diadakan di Pulau Pinang dalam suasana yang cukup meriah. 

Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah hadiah hari jadi yang diberikan iaitu jam Rolex untuk setiap seorang. 

Menerusi Insta Stories,  Eina berkongsi foto serta harga dua buah jam tangan tersebut yang mencecah belasan ribu ringgit.


Jam berwarna biru untuk Karl dan yang berwarna pink untuk Arianna. 

Wah bertuah sungguh Karl, Arianna, kecil-kecil lagi dah merasa memakai jam mahal.  Jika mampu apa salahnya kan? 

Majlis pernikahan Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet telah pun berlangsung pada 31 Ogos 2014.

Karl dan Arianna dilahirkan pada 19 Februari 2016.
Jam Rolex untuk si kembar Jam Rolex untuk si kembar Reviewed by Kakigosip on 06:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.