Izzue Islam cipta lagu bersama isteri

PELAKON, penyanyi dan pengacara, Izzue Islam baru sahaja melancarkan single terbaru, Muzik Tiduranku.

Lebih istimewa, lagu tersebut merupakan ciptaan bersama Izzue dan isterinya, Awin Nurin (Iian).

Kata Izzue, idea untuk menulis lagu ini tercetus sejak pertama kali mengenali Awin.

"Lagu ini adalah sebuah lagu yang positif. Ia berkisah perasaan cinta, kasih dan sayang seseorang terhadap pasangannya.

"Jika berjauhan, perasaan rindu itu pasti terbawa ke dalam mimpi. Jadi, kami meluahkan perasaan rindu itu melalui melodi sehingga terciptalah lagu ini," katanya.

Muzik Tiduranku boleh didapati secara digital di semua streaming platform termasuk Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Deezer, KKBOX pada hujung bulan ini.
Izzue Islam cipta lagu bersama isteri Izzue Islam cipta lagu bersama isteri Reviewed by Kakigosip on 06:08:00 Rating: 5
Powered by Blogger.