Imej tercalar dek watak

PELAKON dikenali melalui watak Tauke dalam filem Ola Bola, JC Chee, 33, bersedia dikecam peminat Melayu sebaik saja filem terbaru lakonannya, Get Hard: Tongkat Ali Kasi Keras ditayangkan pada 8 Mac depan.

"Filem berkisar seorang pemuda berdepan masalah mati pucuk itu memerlukan saya melakonkan babak seksual.

"Saya juga perlu memakai tuala mandi dan kain pelikat bagi memenuhi tuntutan watak," katanya.

JC berkata, sejak trailer filem itu tular di laman sosial, sudah wujud kecaman daripada peminat Melayu yang menyifatkan ia tidak sesuai dengan imej yang sentiasa bersih.

Katanya, dia menerima tawaran filem Mandarin itu kerana tertarik dengan isu mati pucuk diketengahkan dalam filem ini.

Katanya lagi, berdasarkan kajian kesihatan dimaklumkan kepadanya, 25 peratus lelaki rakyat Malaysia berumur 20 sehingga 29 tahun mempunyai masalah itu.

Filem arahan Chan Wai Cheong ini turut dirancang untuk tayangan ke Singapura, China dan Taiwan.
Imej tercalar dek watak Imej tercalar dek watak Reviewed by Kakigosip on 20:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.