Iesya Toh kongsi ‘perjalanan’ terakhir Abah di Madinah

MASIH sedih namun bekas personaliti RTM ini, Iesya Toh bersyukur apabila 'perjalanan' terakhir arwah bapanya, Sanny Toh Abdullah, dipermudahkan.

Momen itu dikongsikan oleh penyanyi berusia 26 tahun ini menerusi laman Instagramnya (IG).

"Segala proses dilakukan... di bantu oleh Datuk Rizal, Datin @zamzarinazambri , Haji Hadi, Hafiz, Ustaz Arfan & saudara-saudara di sana.. Kuasa ALLAH sekali lagi Maha Hebat...rezeki Abah untuk disolatkan selepas solat Jumaat di Masjid Nabawi oleh ratusan ribu jemaah.

"Umi kata naik bulu roma dan sangat besar nikmat abah dari ALLAH...Selesai sahaja solat, terus dikebumikan di Baqi’... ramai yang berasak untuk ikut serta tetapi dihalang.. sangat terhad...maka yang lain tengok dari luar... Masya-ALLAH," tulisnya.

Sanny Toh disahkan meninggal dunia di Madinah selepas dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di hospital di sana, kira-kira 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia), 8 Februari lalu.

Jenazahnya disolatkan di Masjid Nabawi dan dimakamkan di perkuburan Baqi'.

"Rezeki abah meninggal dunia di Madinah. Abah disahkan meninggal dunia oleh doktor pada hari Rabu, namun kuasa ALLAH, jantung Abah kembali bfungsi..Masya ALLAH.

"Sedikit sebanyak memang beri kami harapan bahawa abah akan kembali pulih.. Namun, ALLAH sebijak perancang Yang Maha Hebat.. ALLAH Maha Mgetahui.. ALLAH nak bagi abah meninggal di hari yang mulia KHAMIS (malam jumaat)..Jantung abah disahkan berhenti buat selama-lamanya," luahnya.


Bagaimanapun, bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia ini terharu kerja-kerja pengebumian bapanya berjalan dengan lancar.

"Abah bukan sesapa di mata manusia..Abah jahil dimata manusia.. tetapi pemergian abah mendapat sedekah doa yang luar biasa.. Ramai juga yang membantu.. terutama dari Yayasan Perdana Ummah.. terima kasih Datuk @rizalmansor. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik kalian.. aamiin," tulisnya.

Bahkan, Iesya turut mendoakan agar orang ramai juga berpeluang mendapat hidayah ALLAH.

"Jadi kalian, percaya laa..ALLAH menilai amalan dan kefahaman mendalam kita tentang Islam. Gali la selagi boleh.. Hidayah dari Allah itu yang kita harapkan.. Insya-ALLAH aamiin..Al-Fatihah buat arwah Abah Sanny Toh Bin Abdullah," tulisnya.

Pada masa sama, Iesya turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya.

"Seluruh keluarga kami mengucapkan TERIMA KASIH kepada anda semua yang mendoakan abah..

"Kepada Datuk Seri @abraufyusoh Datuk @rizalmansor , Datin @zamzarinazambri , Haji Hadi (serta saudaranya), Ustaz Arfan, semua jemaah, serta saudara-saudara yang banyak membantu pengurusan abah di sana menjaga umi kami. Jasa baik dan budi anda, moga ALLAH yg membalasnya.. aamiin," tulisnya lagi.


Jelasnya, tujuannya berkongsi mengenai 'perjalanan' bapanya itu bertujuan untuk meninggalkan pengalaman dan pengajaran buat semua.

"Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Jangan marah ya sahabat, saya kongsikan perjalanan arwah abah.

"Apa yang kami belajar, jangan menilai orang.. ALLAH menilai hati dan amalan kita tanpa orang lain sedar.. Tak perlu tunjuk kepada manusia ibadah kita dan paling utama jaga la Ibu dan Ibu mertua sebaiknya dan faham apa itu ISLAM.

"Terima kasih abah atas ilmu dan perkongsian hidup abah untuk kami sekeluarga. Sayang Abah!! ALLAH Maha Hebat! ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.. Al-Fatihah buat arwah abah, Sanny Toh Bin Abdullah," katanya.

Tambahnya, pemergian kedua ibu bapanya bagi menunaikan umrah adalah hadiah daripadanya dan mereka dijangka pulang ke tanah air pada 14 Februari ini.
Iesya Toh kongsi ‘perjalanan’ terakhir Abah di Madinah Iesya Toh kongsi ‘perjalanan’ terakhir Abah di Madinah Reviewed by Kakigosip on 22:37:00 Rating: 5
Powered by Blogger.