Ibu sahkan Elfira, Sufian putus tunang

TANDA tanya tentang hubungan dan status pertunangan pelakon Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang dikatakan bermasalah  baru-baru ini akhirnya terjawab apabila ibu pelakon berkenaan, Filzah Yusof, 52,  mengesahkan hubungan anaknya dengan Sufian sudah berakhir.

Menurutnya lagi, keputusan itu dibuat setelah perbincangan dilakukan demi kepentingan masa depan anak perempuannya itu.

“Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-ALLAH bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan perkara tersebut mengikut adat.

“Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu  menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha,” jelasnya yang dipetik dari laporan media tempatan.

Difahamkan Elfira kini berada di New York, Amerika Syarikat dan sudah dimaklumkan tentang keputusan yang telah diputuskan itu.

“Elfira tahu mengenai perkara ini dan menyerahkan segala keputusan kepada kami.

“Lebih baik kami sebagai ibu bapa ambil langkah awal sebelum segalanya jadi lebih teruk selepas berkahwin nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Filzah juga mengakui kesal apabila Elfira dituduh bukan-bukan sedangkan orang ramai tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Terdahulu Elfira dan Sufian telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu dan dijadualkan bakal melangsungkan perkahwinan Mac depan.
Ibu sahkan Elfira, Sufian putus tunang Ibu sahkan Elfira, Sufian putus tunang Reviewed by Kakigosip on 06:11:00 Rating: 5
Powered by Blogger.